INFO EKSA

Audit Dalaman EKSA Pejabat Kesihatan Daerah Manjung pada 27 hingga 31 Mac 2023

Perutusan

PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH

Di kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa gembira dan bangga di atas segala usaha dan kejayaan yang telah dicapai dalam merealisasikan hasrat PKD Manjung untuk mendapatkan pengiktirafan Persekitaran Berkualiti QE untuk semua klinik kesihatan di bawah pentadbirannya pada tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada semua kerana dengan usaha semua, PKD Manjung telah berjaya memperolehi persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 09 September 2014. Sekali lagi suka saya memberi penekanan di sini bahawa biarlah usaha kita kekal sepanjang masa dalam mengamalkan QE sesuai dengan Polisi kita iaitu Mewujudkan Sasaran kerja yang berkualiti ke arah menjadikan Pejabat Kesihatan Manjung sebuah agensi kerajaan yang komited terhadap membudayakan amalan Persekitaran Berkualiti dan Visi kita untuk Mencapai budaya kerja cemerlang dan persekitaran berkualiti. Tidak lupa juga kepada empat Misi kita dalam Amalan Persekitaran Berkualiti iaitu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, meningkatkan keselamatan persekitaran tempat kerja dan meningkatkan motivasi pekerja. Akhir kata, harapan saya semoga apa yang telah kita capai akan berjaya ditingkatkan lagi pencapaianya pada masa-masa mendatang.

Sekian, terima kasih.

DR. ASRAF AHMAD BIN QAMRUDDIN

PERUTUSAN PENYELARAS PROGRAM

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya berpeluang menitipkan sepatah dua kata di dalam Berita Buletin QE PKD Manjung edisi kedua ini. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menerbitkan Buletin pada kali ini khususnya Jawatankuasa Promosi.

Sepertimana dalam Buletin Edisi pertama, wadah Berita Buletin Amalan Persekitaran Berkualiti ini adalah satu platform rasmi yang memaparkan segala bentuk aktiviti dan pencapaian membanggakan oleh warga PKD Manjung dalam usaha membudayakan Amalan QE di dalam pekerjaan seharian. Umumnya, di sepanjang tahun 2014, pelbagai pendekatan dan mekanisma telah diaplikasi oleh warga PKD Manjung khususnya Jawatankuasa Induk dan semua zon di Pejabat dan 7 klinik kesihatan dalam aspek menjayakan usaha ke arah membudayakan Persekitaran Berkualiti. Ini termasuklah usaha mencapai Objektif QE PKD Manjung iaitu, peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, pengurusan operasi menjadi mudah, cekap dan selamat, meningkatkan kepuasan pelanggan, penggunaan ruang kerja yang optimum dan pengurusan stor dan dokumen yang lebih berkesan.

Saya mendoakan dengan berkat kesungguhan, sokongan dan komitmen padu dari semua peringkat warga kerja di PKD Manjung ini, semua usaha kita akan membuahkan hasil yang ingin dikecapi.

Sekian,Terima kasih. Wassalammualaikum wbt.

DR SUZANA BINTI BUDARTO

Berita Popular